Lebah dan bunga belimbing Bekerjasama Secret Tunnel Subhanallah, Cantiknya... Madu Anugerah Allah Bunga Biden Bunga Orkid Gunung Jerai

Saturday, 19 August 2017

PERANGKAP INDUKSI - CARNIFRONS PART 1

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
الْحَمْدُ للَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن 
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى مُحَمَّد

Alhamdulillah minggu lepas selesai buat perangkap induksi induk thora dan kali ini perangkap induksi untuk induk Carnifrons juga pada tunggul balak yang sama. InshaAllah moga peroleh kejayaan.

Induk : Lophotrigona Carnifrons

Waktu : 1030

Jenis Induksi : Pasu Seramik

Info : Trigona Carnifrons

Perangkap induksi yang dah siap di pasang.


Buat sikit perlindungan bagi mengelakkan haiwan buas seperti kera.

** Dari pembacaan dan cerita dari otai-otai induk jenis carnifrons ni tak berapa sesuai bela sebab garang dan suka ganggu kelulut lain lebih lagi induk yang lemah. Selain itu kelulut ni agak agresif dan suka pindah tinggal sarang kalau sarang di ganggu. Jadi ni percubaan pertama saya bagi Kelulut induk Trigona Carnifrons ni. InshaAllah moga berjaya.

Madu Kelulut / Sabun Madu Kelulut
Contact : Zul 013.4161.903

Tuesday, 15 August 2017

POKOK / BUNGA KESUKAAN KELULUT

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
الْحَمْدُ للَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن 
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى مُحَمَّد
Bagi menjamin jangka hayat lebah kelulut tinggal pada sesuatu kawasan kita sebagai penternak haruslah membantu kelulut dengan menanam pokok yang memberi sumber makanan dan bahan untuk sarang kelulut. 

Apa yang saya bagi ni hanyalah antara pokok yang mudah di tanam dan dijumpai dikawasan sekitar rumah  kita.

Boleg google untuk tahu maklumat lanjut. dannkalau ada kesilapan maklumat yang disampaikan mohon maklumkan.


1. SENDUDUK PUTIH - Jenis pokok senduduk ni apa yang saya dapat tahu aianya agak sukar dicari, kerana pokok ini kaya dengan khasiat semulajadi bagi menyembuhkan beberapa janis penyakit. kalau tanam ni bonus la untuk kelulut.



2. SENDUDUK PURPLE - Senduduk yang bunga purple ni agak mudah diperolehi. Banyak tumbuh liar kawasan kampung dan pokok senduduk ni jugak kesukaan kelulut.





3. POKOK ACASIA / GELAM - Pokok ni banyak tumbuh liar bagi sesetengah kawasan. Tapi di kawasan kampung saya tak pernah jumpa lagi. Pokok acasia ni kalau ada dikawasan sekitar atau ditanam ianya bonus pada lebah kelulut kita sebab pokok ni disamping bunga daun juga mengeluarkan nectar bagi kelulut.




 4. POKOK BELIMBING DAN BELIMBING BULUH - Kedua-dua pokok ni adalah pokok yang berbeza. Kedua-duanya disukai kelulut dan mudah dijumpai dikawasan kampung. 
Sumber : kelabkelulut.blogspot.com


5. POKOK AKAR DANI - Sumber : kebunbahagiabersama.blogspot.com


6. Bunga Penda / bunga buah jambu Berbunga sepanjang masa


7. POKOK AIR MATA PENGANTIN (AMP)

Dan banyak lagi pokok kesukaan kelulut sekitar rumah kita. Lebah kelulut juga merupakan pembantu utama dalam biak baka atau pemangkin bagi hasil tanaman kita.

pokok cabai (cili), bunga betik, bunga pelam (mangga), pokok ros jepun, pokok bunga bedin dll.

Saturday, 12 August 2017

PERANGKAP INDUKSI - THORA PART 1


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
الْحَمْدُ للَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن 
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى مُحَمَّد


Alhamdulillah, kali ni diberi kesempatan oleh Allah untuk buat perangkap induksi yang dah lama dok teragak-agak nak buat.

Induk : Geniotrigona Thoracica
Waktu : 0900
Jenis Induksi : Pasu Seramik


Corong induk dicabut dan dibersihkan bagi mudahkan laluan keluar masuk lebah kelulut dan setelah itu corong tersebut dilekatkan/diikat bagi menarik kelulut masuk ke dalam pasu (guna corong asal)

Pasu diletakkan diatas laluan induk kelulut dimana pasu yang saya buat saya sambungkan dengan potongan botol ubat. Boleh juga guna pipe.

Pasu yang dah siap dipasang dan dipancang dengan kayu supaya tidak bergerak. Pastikan kayu hidup dan sentiasa pantau takot dimakan anai-anai.

Harap minggu depan ada perkembangan positif, inshaAllah.

** Kalau perangkap induksi jenis kayu kena lapik dengan batu atau benda yang tidak reput serta dimakan anak-anai. Sebab perangkap induksi makan masa yang lama untuk naik ke kotak baru. Jadi banyak rintangan yang akan berlaku contohnya haiwan perosak/anai-anaik/angin ribut/kera atau jika laluan binatang bersaiz besar seperti lembu ada kemungkinan akan berlaku pelanggaran. Dan yang paling masalah masalah p3ncur1! ;-)