Lebah dan bunga belimbing Bekerjasama Secret Tunnel Subhanallah, Cantiknya... Madu Anugerah Allah Bunga Biden Bunga Orkid Gunung Jerai

Thursday, 12 March 2015

MENCARI HIKMAH

Entah kenapa rasa nak bela lebah kelulut sendiri. Tiap kali balik ke kampung rasa asyik teringat dalam kepala. Bukan niat nak berniaga tapi hanya sekadar suka-suka. Tambahan pula makanan sunnah ni elok kita amalkan dan ada di rumah kita Seperti kurma madu air zam-zam dan macam-macam lagi.

Hasilnya kelulut jenis kecil (itama) kalau tidak silap ada di tunggul rambutan rumah makayah saya saya belah. Masukkan dalam kotak yang mana orang panggil Haif. Alhamdulillah setakat ni ok, dan kelulut nampak stabil.

Lepas dua minggu nampak hasilnya dan saya letak topping pulak atas haif tu bagi senang ambik madu. Sumber-sumber papan saya ambik dekat sekolah ja. kebetulan depa nak buang meja. Itu untuk permulaan saya. Alhamdulillah seronok tengok bila berhasil.

Kalaulah dah dapat pindah bertugas berdekatan kampung niat hati nak serius buat projek ni. Bukan nak juai tapi boleh tampung untuk makan keluarga saya dan mertua pon jadi la. InsyaAllah.

Gambar nanti saya attach kan kalau ingat

No comments:

Post a Comment