Lebah dan bunga belimbing Bekerjasama Secret Tunnel Subhanallah, Cantiknya... Madu Anugerah Allah Bunga Biden Bunga Orkid Gunung Jerai

Saturday, 20 May 2017

POKOK AIR MATA PENGANTIN

Nama botani

Antigonon leptopus

Nama Inggeris

Mexican creepers, Coral vines

Nama Lain

Seri pengantin, Anggur karan


Bunga puteh

Warna pink terang

Bunga pink keputihan


Pengenalan

Sejenis tumbuhan banyak musim dan tumbuh menjalar. Batang boleh tumbuh sehingga 5-8 panjnag, mempunyai bunga pada tendril yang digunakan untuk memanjat. Tiga varieti telah dikenalpasti iaitu bunga yang berbunga unggu, unggu keputihan dan puteh.

Habitat & Keperluan Pertumbuhan

Tanaman ini banyak tumbuh liar ditepi jalan / parit. Ianya tahan lasak dan tumbuh baik dalam semua keadaan. Perlu cahaya matahari yang banyak untuk pengeluaran bunga.

Cara Pembiakan

Boleh dibiak dengan menggunakan keratan batang matang (yang berakar) dan juga biji benih.


Maklumat lain

Disukai oleh H. itama dan G. thoracica.

Thursday, 18 May 2017

MENCUBA NASIB

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
الْحَمْدُ للَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن 
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى مُحَمَّد

Mencuba nasib buat perangkap penguruman kelulut di ibukota (Bukit Saga, Ampang) kalini. Mula pasang trap 18/5/2017 Setakat sekarang 21/5/17 masih negatif keputusannya. Masih menunggu dan cari kawasan lain yang lebih sesuai. setakat sekarang kawasan sekitar belum jumpa sarang. Cuma ada sikit harapan bila nampak 2 3 jenis kelulut cari nectar di pokok akasia dan pokok bunga biden
Salah satu perangkap yang dipasang

Bunga Biden
Spesis yg dicari..
3 perangkap dah siap pasang, cuba tunggu hasil hingga pertengahan bulan 6 ni. inshaAllah...

Sunday, 7 May 2017

PERANGKAP PERTAMAKU

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
الْحَمْدُ للَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن 
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى مُحَمَّد
Lepas jumpa sahabat (din) saya tadi, terus semangat buat perangkap kelulut. Dia siap beli pelarut propolis (Guna alkohol makmal) dan bagi propolis lagi, katanya semangat nak belajaq buat sama-sama.
Pelarut dan propolis

Dua jenis propolis yang dia bagi, iaitu mai dari kelulut itama dan thorasica (betoi xtau eja ni). Dalam kalut nak balik kelompo punyalah kalut dok kacau propolis dengan pelarut. Akhirnya siap la 2 biji perangkap nak letak kat rumah aku.
pokok belimbing

pokok limau nipis
Bila perati gambaq ni balik rasa macam silap letak pulak. Patot pi letak kat dusun durian rasa lagi karan. Kat rumah ni banyak sangat kelulut dok mencari bunga.


Harap berjaya la, atau balik ni kena ubah tempat pulak.
Terima kasih sahabat bagi barang-barang buat perangkap.


Saturday, 6 May 2017

MELAWAT FARM KELULUT SAHABAT

AsSalam lama jugak tak update.. Balik ke kampung haritu dan la melawat kebun kelulut sahabat saya dari sekolah dulu.Lama dah dok berjanji nak pi tengok kebun kelulut dia, akhirnya tercapai jugak. Sekali tengok terus jatuh cinta cek oiii.. Setakat lani dia dah ada lebih 50 sarang (Jeles ni). "Kalaulah aku dah pindah tentu aku boleh jadi macam dia", itulah dengusan dalam hati waktu tu.
Sebahagian log kelulut dia.
Setakat lani dia lebih pada buat produk. Penjualan madu untuk kenalan saja. Bawan ni antara produk yang dia keluarkan hasil dari kelulut. 
Sabun Aloevera,Sabun Madu Kelulut + Propolis, Sabun Madu Kelulut + Propolis + Kayu Manis
Seronok sebenaqnya bila tengok kawan-kawan berjaya buat produk sendiri. Bangga nak kenalkan pada orang yang dia kawan kita sejak sekolah rendah lagi. 

Bawah ni antara gambar yang dan ambik masa pi haritu.
Ni sebenaqnya projek kami - perangkap kelulut




subhanallah cantiknyaaa..


Hempa mengendap apa tu..


Awat ingat kereta jaka kena boph lam grill. 4 log tu bleh buat bayaq muka LC oi..
Ni detail farm sahabat saya. Boleh like FB dia Sabun Madu Kelulut CheDin