السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
الْحَمْدُ للَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى مُحَمَّد
Lepas jumpa sahabat (din) saya tadi, terus semangat buat perangkap kelulut. Dia siap beli pelarut propolis (Guna alkohol makmal) dan bagi propolis lagi, katanya semangat nak belajaq buat sama-sama.
Pelarut dan propolis |
Dua jenis propolis yang dia bagi, iaitu mai dari kelulut itama dan thorasica (betoi xtau eja ni). Dalam kalut nak balik kelompo punyalah kalut dok kacau propolis dengan pelarut. Akhirnya siap la 2 biji perangkap nak letak kat rumah aku.
pokok belimbing |
pokok limau nipis |
Harap berjaya la, atau balik ni kena ubah tempat pulak.
Terima kasih sahabat bagi barang-barang buat perangkap.
No comments:
Post a Comment