Lebah dan bunga belimbing Bekerjasama Secret Tunnel Subhanallah, Cantiknya... Madu Anugerah Allah Bunga Biden Bunga Orkid Gunung Jerai

Tuesday 31 March 2015

CHAINSAW UNTUK ADIK

Alhamdulillah tadi abg saya bgtau nak bagi satu chainsaw dia yang tak pakai. Dia tau adik dia minat nak buat projek-projek kampung ni tu dia bagi kot hehe. Tambah-tambah dia tau saya bela kelulut di rumah makayah.tu dia semawa boleh la potong-potong kayu kecik-kecik disamping teruskan projek kelulut bila kebetulan balik kampung.

Ni kayu yang dah di trim dan dipotong bahagian atasnya (Sumber : Google)

Ni kayu yang dah dipasang Topping bagi memudahkan kerja-kerja ambik madu dijalankan. (Sumber : Google)

Agak sulit kalau tak ada chainsaw, sebab kerja-kerja proses sarang kelulut dari batang kayu asal dia agak besar. Sarang yang mula-mula saya buat saya guna kapak ja sebelum ni. Tu yang sayang dengan sarang tu. Walaupon kelulut dia jenis kecik, lambat buat madu tapi rasa berbaloi proses dia sebab guna tenaga sendiri hehe.

Apa-apa pon TQ my brother, InsyaAllah satu hari nanti kita boleh bergabung buat ni sama-sama.

Thursday 12 March 2015

MENCARI HIKMAH

Entah kenapa rasa nak bela lebah kelulut sendiri. Tiap kali balik ke kampung rasa asyik teringat dalam kepala. Bukan niat nak berniaga tapi hanya sekadar suka-suka. Tambahan pula makanan sunnah ni elok kita amalkan dan ada di rumah kita Seperti kurma madu air zam-zam dan macam-macam lagi.

Hasilnya kelulut jenis kecil (itama) kalau tidak silap ada di tunggul rambutan rumah makayah saya saya belah. Masukkan dalam kotak yang mana orang panggil Haif. Alhamdulillah setakat ni ok, dan kelulut nampak stabil.

Lepas dua minggu nampak hasilnya dan saya letak topping pulak atas haif tu bagi senang ambik madu. Sumber-sumber papan saya ambik dekat sekolah ja. kebetulan depa nak buang meja. Itu untuk permulaan saya. Alhamdulillah seronok tengok bila berhasil.

Kalaulah dah dapat pindah bertugas berdekatan kampung niat hati nak serius buat projek ni. Bukan nak juai tapi boleh tampung untuk makan keluarga saya dan mertua pon jadi la. InsyaAllah.

Gambar nanti saya attach kan kalau ingat