Lebah dan bunga belimbing Bekerjasama Secret Tunnel Subhanallah, Cantiknya... Madu Anugerah Allah Bunga Biden Bunga Orkid Gunung Jerai

Sunday 7 May 2017

PERANGKAP PERTAMAKU

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
الْحَمْدُ للَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن 
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى مُحَمَّد
Lepas jumpa sahabat (din) saya tadi, terus semangat buat perangkap kelulut. Dia siap beli pelarut propolis (Guna alkohol makmal) dan bagi propolis lagi, katanya semangat nak belajaq buat sama-sama.
Pelarut dan propolis

Dua jenis propolis yang dia bagi, iaitu mai dari kelulut itama dan thorasica (betoi xtau eja ni). Dalam kalut nak balik kelompo punyalah kalut dok kacau propolis dengan pelarut. Akhirnya siap la 2 biji perangkap nak letak kat rumah aku.
pokok belimbing

pokok limau nipis
Bila perati gambaq ni balik rasa macam silap letak pulak. Patot pi letak kat dusun durian rasa lagi karan. Kat rumah ni banyak sangat kelulut dok mencari bunga.


Harap berjaya la, atau balik ni kena ubah tempat pulak.
Terima kasih sahabat bagi barang-barang buat perangkap.


No comments:

Post a Comment