Lebah dan bunga belimbing Bekerjasama Secret Tunnel Subhanallah, Cantiknya... Madu Anugerah Allah Bunga Biden Bunga Orkid Gunung Jerai

Monday 4 May 2015

MADU ORANG KAMPUNG

Tepat pukul 6 pagi Sampai KL bersama-sama dengan kurier penting dari kampung saya yang ditempah oleh kawan pejabat. InsyaAllah madu yang saya ambil dari sumber-sumber yang Asli, Halal lagi Suci. Pengusaha madu kelulut ni orang kampung saya sendiri, dimana mempunyai budi pekerti yang baik. Beliau amat menjaga proses-proses pengambilan madu dari sarang-sarang yang beliau ternak. Hampir 60 Sarang yang beliau miliki dimana pelbagai jenis kelulut terdapat disitu.
Tiada Sticker sebab habis hehe...
Pelbagai jenis kelulut dan sudah tentu pelbagai kepekatan dan komposisi yang terdapat dalam madu. Jika dilihat dari gambar diatas madu sebelah kiri sekali agak pekat dan kelulut jenis yang berlainan antara ketiga-tiga botol itu. Kadangkala semasa tuaian madu agak jernih sehingga keesokkan hari dan hari seterusnya warna akan sedikit gelap dari hari sebelumnya.

Madu Kelulut agak sedikit masam berbanding madu lebah biasa. Mungkin ini menyebabkan ia istimewa. Lain masa saya akan ceritakan kaedah dan cara makan madu seperti yang dipetua pada saya oleh Pengusaha madu ini dan juga khasiat-khasiat madu lebah kelulut.


No comments:

Post a Comment